Monday, February 6, 2017

MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL QURAN PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 1438H/2017M

Pada 2-4 Februari 2017, Pihak Madrasah telah menghantar wakil untuk sama-sama menyertai Majlis Tilawah & Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1438H/2017M di Masjid Saidina Ali Bukit Katil, Melaka.. 
Wakil pelajar Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar telah mendapat tempat pertama & ketiga dalam kategori 1-30 juzuk ( L ). Alhamdulillah..


Keputusan Majlis Tilawah & Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1438H/2017M
Kategori 1-10 Juzuk (L)
Johan : Ahmad Luqman Bin Ahmad Zaini (97.78%)
Naib Johan : Ammar Bin Sahril (96.84%)
Ketiga : Muhammad Nabil Aqeef Bin Norazilan (93.97%)
Kategori 1-10 Juzuk (P)
Johan : Dina Hadfina Binti Umarul Hisyam (96.41%)
Naib Johan : Nur Nadiah Binti Hairozaman (93.64%)
Ketiga : Izzah Athirah Binti Izamudin (91.03%)
Kategori 1-20 Juzuk (L)
Johan : Muhammad Insanullah Bin Zahidi (95.30%)
Naib Johan : Muhammad Waliyuddin Bin Azmi (86.58%)
Ketiga : Ahmad Hambali Bin Abdul Kadir (71%)
Kategori 1-20 Juzuk (P)
Johan : Sofiyyah Hanisah Binti Kamsani (90.05%)
Naib Johan : Maryam Aqilah Binti Muhaiyat (89.93%)
Ketiga : Nurhidayah Binti Rosman (89.5%)
Kategori 1-30 Juzuk (L)
Johan : Muhammad Abdullah Bin Azidin (90.75%)
Naib Johan : Abd Wafi Azzaki Bin Sinwan (89.85%)
Ketiga : Muhammad Yaasin Bin Shukor (87.03%)
Keempat : Muhammad Zakaria Bin Md Abd Aziz (79.3%)
Kategori 1-30 Juzuk (P)
Johan : Nur Amalina Binti Azharuddin (96.8%)
Naib Johan : Siti Nur Shahida Binti Rusli (79.88%)
Ketiga : Nurrahmah Binti Samiddin (59.55%)
Kategori Qari
Johan : Tn. Hj. Azraie Bin Dato' Abdul Hak (88%)
Naib Johan : Suhairi Bin Yunos (82.5%)
Ketiga : Nurfikri Fahmi Bin Md Shahidan (82%)
Keempat : Muhammad Khairul Anwar Bin Ishak (80.5%)
Kelima : Mohd Khairul Bin Mohamed (79.5%)
Kategori Qariah
Johan : Suhailah Binti Zulkifly (82.5%)
Naib Johan : Normawaty Binti Sahat (82%) Kelebihan markah tajwid
Ketiga : Mimi Munawwarah Binti Abdul Majid (82%)
Keempat : Nini Ratna Dewi Binti Abdul Majid (75.5%)
Kelima : Hjh Sarrul Munirah Binti Hj Haris (73.5%)
Tahniah dan syabas kepada semua peserta!





MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA & PENYERAHAN BUKU REKOD

Sekitar Majlis perjumpaan ibubapa bersama ustaz dan ustazah Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar & Madrasah Raudhatul Lil Banat pada hari Sabtu ( 4/2/2017 ).






Wednesday, February 1, 2017

KALENDAR PUASA 2017


BAGAIMANA KITA MEMANDANG GURU

*BAGAIMANA KITA MEMANDANG GURU*

*Al-Imam Ali bin Hasan Al-Aththas* mengatakan:
ﺍﻥ ﺍﻟﻤﺤﺼﻮﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭﺍﻟﻔﺘﺢ ﻭﺍﻟﻨﻮﺭ ﺍﻋﻨﻲ ﺍﻟﻜﺸﻒ ﻟﻠﺤﺠﺐ، ﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﺍﻻﺩﺏ ﻣﻊ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻭﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﻣﺎ ﻳﻜﻮﻥ ﻛﺒﺮ ﻣﻘﺪﺍﺭﻩ ﻋﻨﺪﻙ ﻳﻜﻮﻥ ﻟﻚ ﺫﺍﻟﻚ ﺍﻟﻤﻘﺪﺍﺭ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺷﻚ.
_"Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya yakni terbukanya hijab batin, adalah sesuai kadar adabmu terhadap gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu".
*(Al-Manhaj As-Sawiy: 217)*.

*Imam Nawawi* ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa;
"Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yg menyampaikan kekurangan guruku kepadaku"._
*(Lawaqih Al-Anwaar Al-Qudsiyyah:155)*

Beliau pernah mengatakan dalam kitab *At-Tahdzib*nya:
ﻋﻘﻮﻕ ﺍﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻦ ﺗﻤﺤﻮﻩ ﺍﻟﺘﻮﺑﺔ ﻭﻋﻘﻮﻕ ﺍﻻﺳﺘﺎﺫﻳﻦ ﻻ ﻳﻤﺤﻮﻩ ﺷﻲﺀ ﺍﻟﺒﺘﺔ
"Derhaka kepada orang tua dosanya boleh hapus oleh taubat, tapi derhaka kepada ustadzmu tidak ada satupun yg dapat menghapusnya".

*Habib Abdullah Al-Haddad* mengatakan;
_"Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya. Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali setelah gurunya ridha kembali".
*(Adab Suluk Al-Murid : 54)*

Para *ulama ahli hikmah* mengatakan;
"Barangsiapa yang mengatakan "kenapa?" kepada gurunya, maka dia tidak akan bahagia selamanya"._
*(Al-Fataawa al-Hadiitsiyyah: 56).*

Para *ulama hakikat* mengatakan;
"70% ilmu itu diperoleh sebab kuatnya hubungan (batin,adab dan baik sangka) antara murid dengan gurunya"._

Moga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat berkah dari guru kita.
اللهم آمين.

PELAN PELABURAN AKHIRAT 2017

     Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikumwarahmatullah.. Dato-Dato, Tuan-tuan, Puan-puan dan Dermawan yg dirahmati allah. Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar & Madrasah Raudhatul Lil Banat masih kekurangan dana bagi membangunkan bangunan baru yang terdiri dari surau, bangunan asrama lelaki dan perempuan yang lebih selesa yang mana sekarang masih dalam pembinaan di bahagian belakang bangunan madrasah yang sedia ada. 
     Kami mohon kerjasama semua tuan puan, untuk membantu Madrasah bersama sama dalam menjalankan Waqaf tunai atau juga dalam bentuk barangan yang diperlukan seperti simen, pasir, batu-bata dan sebagainya untuk pembangunan madrasah bagi tujuan tersebut. Mohon jasa baik tuan puan yg berhajat menyumbang boleh lah memberikan sumbangan tuan puan ke dalam akaun berikut:

MADRASAH BUSTANUL ULUM ABU BAKAR - Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun: Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar
No. akaun : 04-033-01-001946-4.

    Mohon kerjasama Tuan Puan yg Dermawan agar kami dapat menyediakan pusat pendidikan yang baik untuk keselesaan pelajar-pelajar Madrasah ini.. Sekian terima kasih. Mudir Madrasah - USTAZ ASRI BIN RAMLI ( 019-6512334 ).

Sekitar gambar-gambar bangunan madrasah yang masih dalam pembinaan.

AWAL 2017 SEHINGGA SETAKAT INI










2016