Tuesday, September 25, 2018

PENGAMBILAN PELAJAR BARU 2018

PENGAMBILAN PELAJAR ALIRAN TAHFIZ



PENGAMBILAN PELAJAR ALIRAN ALIM


*PENGAMBILAN BARU PENGAJIAN ALIM/ULUM ISLAMIAH MADRASAH BUSTANUL ULUM ABU BAKAR, KAMPUNG AYER MERBAU, JASIN SESSI 2018/2019.

Menawarkan pengajian asas ilmu Islamiah merangkumi pelbagai cabangan ilmu seperti:

1. Bahasa arab
    a. Nahu
    b. Sorof
    c. Balaghah
    d. Mantiq

2. Fekah
3. Usul fiqh
4. Hadis
5. Usul hadis
6. Tafsir
7. Tauhid
9. Sirah
10. Faraid

Tempoh pengajian: 6 tahun (termasuk kelas peralihan)

Antara kitab-kitab/matapelajaran yg dipelajari ialah:

*KELAS PERALIHAN*
Tahsin Al-Quran
Jawi
Lughatul Arabiah - Asas bahasa arab (komunikasi)
 Ya ayyuhal Walad - adab
Tarikhul Islam - sirah
Jawi segera - jawi
Tauhid
Fekah ibadat

*TAHUN SATU*
Nahu mir - Nahu
Matan al-ajrumiyah - nahu
Mizanus sorf - sorof
Sorof mir - sorof
Safinatun naja - fekah
Nahu Wadeh - nahu
Qisosun Nabiyyin - sirah

*TAHUN DUA*
Kawakib - nahu
Syarah mi'atu amil - nahu
Nahu wadeh - nahu
Ilmu sighah - sorof
Matan ghoyah wat taqrib - fekah
Qisosun Nabiyyin - sirah
Ummul barahin - tauhid

*TAHUN TIGA*
Anwar masalik - fekah
Qatrunnada' - nahu
Nahu wadeh - nahu
Kifayatul awwam - tauhid
Tashil mantiq - mantiq
Qisosun nabiyyin - sirah
Waraqat - usul fiqh
Terjematul Quran (21 - 30)
Riyadus solihin - hadis

*TAHUN EMPAT*
Iqna' - fekah
Durusul Makkiyah - usul fiqh
Syarah ibnu aqil - nahu
Matan alfiah ibnu malik - nahu
Mustolahul hadith - usul hadis
Qisosun nabiyyin -sirah
Aqidah tahawiyah - tauhid
Terjematul quran (11 - 20)
Syarah rahabiah - faraid

*TAHUN LIMA*
Iqna' - fekah
Jam'ul jawami' - usul fiqh
Syarah ibnu aqil - nahu
Matan alfiah ibnu malik - nahu
Balaghah assofiah - balaghah
Terjematul quran (1- 10)

*SYARAT KEMASUKAN*
* berumur di antara 13 tahun hingga 17 tahun
* Mempunyai minat yang mendalam untuk belajar agama
* Boleh membaca Al-Quran
* sedia menghadapi mujahadah dan susah payah

Yuran bulanan RM200.
Bagi pelajar yg kurang berkemampuan boleh dimesyuaratkan.

Kepada sesiapa yang berminat sila hadir temuduga di madrasah.

Waktu temuduga dibuka setiap hari.

Isnin - Jumaat
8.30am - 11.30am
2.30pm - 4.30pm

Sabtu pagi sahaja.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Ust Huzaifah
013-6151271

Ust Abd Hadi
0139823293

Ust Abd Quddus
01117649335

PENGAJIAN KELAS KITAB & BILIK-BILIK GURU

Pengajian Kelas Kitab & bilik-bilik guru yang baru.






MAJLIS JOR(PERHIMPUNAN) PELAJAR-PELAJAR MADRASAH SEKITAR JASIN

Majlis JOR ( perhimpunan ) buat pertama kali bagi pelajar-pelajar Madrasah di sekitar Jasin, Selandar, Rim, Ayer Molek, Serkam dan Merlimau yang diadakan pada 23/9/18. Alhamdulillah program berjalan dengan baik.






Monday, April 23, 2018

PROGRAM TAHUNAN MBUAB & MRLB 1439H 2018M

Assalamualaikum w.b.t..

           Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izinNya Program Tahunan MBUAB & MRLB yang dijalankan pada hari Ahad 22/4/18 yang bermula dari jam 9 pagi hingga sebelum zohor telah berjalan dengan lancar.

           Antara acara yang dijalankan dalam program tahunan tersebut adalah Tazkirah Sheikh Mufthi Jamil dan Nasihat(Bayan) yang disampaikan oleh Syeikh Muhammad Qori Yaasin Sahab dan Dastarbandi( penyampaian sijil syahadah dan pemakaian serban) untuk 7 pelajar MBUAB yang telah hafiz 30 juzuk..Semoga kita mendapat rahmat dan diberikan keberkatan atas majlis yang telah berlangsung..























                                                                                                                       

Tuesday, March 6, 2018

REHLAH LUARAN (LAWATAN & PERKEMAHAN) MBUAB & MRLB 2018

    Gambar sekitar Rehlah Luaran ( Lawatan & Perkemahan ) pelajar lelaki(MBUAB) dan perempuan(MRLB) selama 3 hari 2 malam pada 5,6 & 7 Mac 2018 bertempat di Scout Inn Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Semoga aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan dalam rahmat Allah.. Insyaallah...

    Semoga perjalanan ini diselubungi keberkatan, menyemaikan rasa ukhwah dan kasih sayang, membuahkan kemantapan tauhid dan keimanan, menghasilkan natijah ketaqwaan dari ilmu dan pengalaman yg ditimba sepanjang perjalanan.