Sunday, April 21, 2019

MAJLIS TAHUNAN MADRASAH BUSTANUL ULUM ABU BAKAR & AR-RAUDHAH LIL BANAT 2019

   Majlis tahunan ini diadakan pada setiap tahun pada bulan Syaaban sempena kedatangan guru kepada Tuan Mudir MBUAB & MRLB iaitu Syeikh Maulana Al-Qari Muhammad Yasin dari Madrasah Darul Ulum Faisalabad, Pakistan .

   Justeru itu, disamping kedatangan beliau , As-Syeikh Qari Yasin juga kan memberikan beberapa mutiara nasihat berkaitan Al-Quran kepada pelajar-pelajar, ibubapa dan juga guru-guru.

   Dalam majlis tersebut juga akan diadakan upacara 'Lilit Serban' dan 'Pemakaian Selendang' untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah tamat peperiksaan Syahadah.

Tempat: Musolla Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar
Tarikh: 19 April 2019 ( Jumaat )
Masa: 6.00 ptg - 10.30 malam

   Alhamdulillah telah selesai majlis tersebut dengan izin Allah S.W.T.

   Jazakumullahukhairan kasiran kami ucapkan buat para ibubapa/penjaga yang telah hadir membawa keberkatan kepada majlis tersebut..

   Semoga Allah S.W.T memberi taufiq dan hidayah kepada kita dan semua ummat dengan asbab kehadiran tetamu yang mulia SHEIKH MAULANA AL-QARI MUHAMMAD YASIN.. 

بارك الله لنا و لكم










































No comments:

Post a Comment