UNDANG-UNDANG MADRASAH

UNDANG-UNDANG MADRASAH BUSTANUL ULUM ABU BAKAR & MADRASAH RAUDHATUL LIL BANAT

1. Setiap pelajar diwajibkan menghormati sesama pelajar, beradab sopan kepada semua asatizah dan kakitangan madrasah sama ada di dalam atau di luar madrasah.

2. Pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri, kawasan madrasah dan juga barang-barang kepunyaan madrasah. Tidak dibenarkan menconteng meja, tandas, dinding, tandas, bilik mandi, kitab dan buku latihan.

3. Semua pelajar hendaklah mengambil bahagian di dalam setiap program yang disediakan oleh pihak madrasah.

4. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan madrasah tanpa kebenaran ustaz. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini atas pelajar disebabkan pelajar tersebut menghilangkan diri sewaktu pengajian sedang berjalan, pihak madrasah tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa diri pelajar berkenaan.

5. Pakaian hendaklah sentiasa mengikut syariah dan sunnah nabi S.A.W. Waktu pengajian pelajar-pelajar wajib berjubah atau kurta putih dan kopiah serta berserban putih.

6. Pelajar dilarang keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran ustaz.

7. Pelajar tidak dibenarkan bercuti kecuali hari-hari yang telah ditetapkan dan keluar hanyalah dengan ibubapa/penjaga sahaja. Sekiranya ada kecemasan perlu mohon cuti dari ustaz.

8. Pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri dalam kelas kerana sakit, uzur dan sebagainya perlulah memaklumkan kepada ustaz masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

9. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh sesama sendiri pada setiap waktu dan keadaan.

10. Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri di dalam bidang politik.

11. Pelajar tidak dibenarkan meminta dan meminjam atau memberi wang atau benda kepada pelajar lain tanpa kebenaran ustaz.

12. Pelajar tidak dibenarkan menerima hadiah dari sesiapa pun sama ada dari orang luar atau kawan-kawan madrasah tanpa pengetahuan ustaz.

13. Pelajar hendaklah memastikan setiap amalan seharian seperti makan, minum , ke tandas dan sebagainya adalah mengikuti cara baginda S.A.W.

14. Pelajar hendaklah wajib menghadirkan diri setiap masa waktu pembelajaran tepat pada waktunya, kelewatan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15. Pelajar dilarang membawa ke madrasah barang-barang elektronik seperti telefon bimbit, radio, game dan sebagainya. Pelajar akan dikenakan tindakan tatatertib jika didapati memilikinya.

16. Pelajar dilarang membawa barang kemas seperti cincin, rantai dan sebagainya. Jika didapati akan dirampas untuk disimpan oleh pihak madrasah dan hanya akan diberikan kepada penjaga waktu cuti madrasah.

17. Pelajar juga dilarang sama sekali membawa dan menyimpan majalah-majalah, buku komik dan sebagainya. Jika sekiranya dirampas pelajar berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin.

18. Barangan peribadi seperti album, stiker, diari, kartun dan sebagainya juga tidak dibenarkan disimpan di madrasah.

19. Pelajar dikehendaki mematuhi setiap jadual waktu yang ditetapkan oleh madrasah seperti waktu tidur, makan, bermain dan sebagainya. Kegagalan mematuhi jadual waktu juga akan dikenakan tindakan disiplin.

20. Selain perkara di atas setiap pelajar wajib mematuhi setiap arahan dan peraturan dari pihak Madrasah yang dikeluarkan pada setiap masa dan keadaan.

GARIS PANDUAN KOPERASI

1. Koperasi merupakan anak syarikat Madrasah dan bukan milik persendirian.

2. Koperasi membantu madrasah bukan merosakkan Madrasah.

3. Yang berhak untuk meletakkan barang-barang di koperasi adalah ASATIZAH dan KAKITANGAN MADRASAH sahaja.

4. Tidak ada yang tersinggung di kalangan asatizah dan kakitangan Madrasah yang menghantar barang-barang untuk dijual.

5. Barangan yang dijual mestilah produk yang mematuhi SYARIAT ISLAM.

6. Caj RM1 kepada 10 kuantiti barangan yang dihantar.

7. Minima penghantaran barangan adalah sebanyak 10 barang, kurang tidak dibenarkan.

8. Jika didapati barangan jualan yang dihantar mengalami kerosakan, maka pihak koperasi berhak untuk tangguh jualan atas barangan tersebut kecuali barangan jualan itu rosak atas sebab pihak koperasi, maka pihak koperasi akan membayar gantirugi tersebut.

9. Barangan jualan akan dibeli oleh pihak koperasi atas harga yang berpatutan bagi barang-barang yang kecil seperti kerepek, keropok dan sebagainya.

10. Pelajar hanya ambil barangan dan jual sahaja, bukan menyediakan barangan untuk jualan.

11. Hanya pelajar-pelajar yang telah diputuskan sahaja yang boleh membuat jualan, iaitu pelajar yang khidmat koperasi.

12. Barang-barang yang hendak dijual mestilah melalui koperasi, tidak dibenarkan membuat jualan secara bersendirian.

13. Harga barangan yang dijual mestilah berpatutan, tidak terlalu mahal untuk golongan pelajar.

* DIHARAP SEMOGA SEMUA DAPAT MEMATUHI GARIS PANDUAN INI, AGAR KOPERASI MADRASAH BERJALAN DENGAN LANCAR. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DARI SEMUA PIHAK.

* Penyelaras Bahagian Koperasi - Ustaz Abd. Hadi - 013-9823293

No comments:

Post a Comment